Texas Rangers (besbol)
Texas Rangers (besbol)

Texas Rangers (besbol)

Texas Rangers ialah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Dallas–Fort Worth Metroplex, Amerika Syarikat. Rangers bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) West. Pada tahun 2020, Rangers telah berpindah ke stadium baru iaitu Globe Life Field di Arlington setelah mereka beraksi di Globe Life Park (kini Choctaw Stadium) dari tahun 1994 sehingga 2019. Nama pasukan ini diambil sempena nama agensi penguatkuasa undang-undang lama.Pasukan ini mula ditubuhkan pada 1961 dengan menggunakan nama Washington Senators. Mereka beraksi di AL dan menjadi pasukan besbol pertama dari Washington, D.C. bermain di liga tersebut sementara pasukan Washington Senators] kedua pula berpindah ke Minnesota lalu menjadi Twins (pasukan asal Washington Senators pernah banyak beraksi di National League semasa 1890-an). Selepas musim 1971, Senators berpindah ke Arlington dan tampil sebagai Rangers buat kali pertama pada musim bunga berikutnya.Rangers melakukan lapan kemunculan di postseason MLB, tujuh kejuaraan divisyen berikutnya pada tahun 1996, 1998, 1999, 2010, 2011, 2015 dan 2016 serta beraksi sebagai pasukan wild card pada 2012. Pada tahun 2010, Rangers mara melepasi siri divisyen buat kali pertama setelah menewaskan Tampa Bay Rays. Pasukan ini menjuarai kejuaraan pennant American League buat kali pertama setelah menundukkan New York Yankees dalam enam aksi perlawanan. Dalam kemunculan sulung Rangers di Siri Dunia, pasukan ini akur akan kekalahan kepada San Francisco Giants dalam lima perlawanan. Mereka mengulangi kejayaan American League pada tahun berikutnya tetapi sekali lagi tewas dalam Siri Dunia iaitu pada kali ini kepada pasukan St. Louis Cardinals dalam tujuh perlawanan. Rangers masih menjadi pasukan MLB tertua yang tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan dunia.Dari tahun 1961 sehingga musim 2022, rekod menang-kalah Rangers secara keseluruhannya ialah 4,650–5,146.[6]

Rujukan

WikiPedia: Texas Rangers (besbol) https://www.mlb.com/rangers/news/rangers-reveal-ne... https://web.archive.org/web/20210102185708/https:/... https://www.mlb.com/rangers/press-release/press-re... https://www.mlb.com/rangers/history/uniforms-and-l... https://web.archive.org/web/20210102185730/https:/... https://www.mlb.com/news/mlb-owners-approve-ray-da... https://web.archive.org/web/20210102185738/https:/... https://www.mlb.com/rangers/history/owners https://web.archive.org/web/20210102185739/https:/... https://www.baseball-reference.com/teams/TEX/